Polis cari remaja perempuan bergaduh

Iklan
Video tersebut menunjukkan seorang remaja perempuan memukul dan menyepak mangsa sambil disaksikan rakan-rakannya.

KOTA BHARU - Polis sedang mengesan remaja perempuan yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di satu lokasi dipercayai di Tanah Merah sehingga video aksi mereka itu tular di media sosial, Facebook sejak Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, namun mendapat maklumat mengatakan kejadian itu berlaku di Tanah Merah.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan termasuk daripada pelaku mahupun mangsa yang dipukul.

"Mangsa juga belum dikenal pasti dan kita sedang berusaha mengesan mereka yang terlibat. Jika benar berlaku di Tanah Merah, kita akan buat laporan maklumat awal dan jalankan siasatan macam biasa walaupun tiada laporan diterima," katanya.

Iklan

Video berdurasi selama 30 saat itu menunjukkan seorang remaja perempuan memukul dan menendang seorang remaja perempuan yang lain dipercayai berpunca daripada tidak puas hati.

Turut kelihatan dalam video tersebut adalah dua lagi remaja perempuan yang didakwa menyaksikan pergaduhan tersebut.

Iklan