'Pemimpin lemah jati diri kembalilah ke pangkuan UMNO'

Iklan
AHMAD ZAHID

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan supaya pemimpin parti itu yang lemah jati diri selepas 'lena diulit intan' untuk kembali ke pangkuan UMNO dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ini kerana tiada parti yang lebih Melayu berbanding UMNO di mana pada hemahnya parti tersebut merupakan 'the real' Melayu Bersatu.

Iklan
Iklan

"Malah sejarah menyaksikan UMNO tidak pernah sekalipun sanggup bekerjasama dengan DAP. Walau kalah terus melawan.

"Parti yang mereka puja-puja itu yang pernah bekerjasama mutlak dengan DAP untuk menumbangkan UMNO. Berpelukan dan bergandingan bahu.

Iklan

"Parti yang mereka agung-agungkan itu yang sanggup menarik sokongan beberapa pemimpin DAP yang terpalit dengan isu moral baru-baru ini demi mahu kekal berkuasa," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Tambah Zahid, pemimpin dan ahli UMNO sudah sebulat suara memutuskan tiada kerjasama dengan DAP dan Anwar pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15) malah dirinya sendiri dengan tegas mengumumkan 'NO ANWAR, NO DAP' ketika Perhimpunan Agong UMNO 2020.

Iklan

Sementara itu, dalam hantaran sama beliau juga turut menjawab persoalan yang meramalkan UMNO akan kalah pada PRU15 tanpa kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, UMNO mempunyai strategi yang tersendiri dan tahu apa yang perlu dibuat bagi memenangi PRU15.

"Bagaimana mereka begitu yakin UMNO akan tewas dan tidak mampu membentuk kerajaan tanpa Bersatu pada PRU15?

"Yang sebenarnya tanpa UMNO, mustahil Bersatu mampu menang PRU15 dan terus menjadi kerajaan. Bukan sebaliknya,” katanya.