Rusuhan Kuil: Tangkap dalang

Iklan
Haslihelmy DM Zulhasli
KUANTAN - Pertubuhan Anak Kelahiran Negeri Pahang (PAKP) mahu dalang isu kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Putra Heights, ditangkap.

Timbalan Pengerusinya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata langkah itu sekaligus dapat membuktikan bahawa isu berkenaan sengaja dirancang.

Menurutnya siasatan berhubung kes itu perlu berlandaskan fakta.

"Dalang di sebalik insiden perlu diheret ke muka pengadilan.

"Siapa sahaja yang terlibat sejak hari pertama insiden perlu dikenakan tindakan kerana ia sudah menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

"Agensi kerajaan terlibat perlu bertindak segera sebelum isu berkenaan menjadi parah yang boleh merosakkan keharmonianmasyarakat,”katanya,semalam.

Haslihelmy yakin ada pihak sengaja mempolitikan isu berkenaan.

"Hakikatnya, ini bukan isu perkauman antara Melayu dan India atau Cina dan India,”katanya.

Katanya lagi, pihak terbabit termasuk pemimpin harus selesaikan segera isu bukannya cari publisiti murahan.