KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kelab Rumah Pertubuhan Alumni Universiti Malaya (PAUM) petang ini.
Beliau yang juga Presiden Bersatu dilaporkan tiba bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tiba pada 2.55 petang.
Iklan
Iklan
Antara pimpinan parti yang dilihat hadir ialah Naib Presiden, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Hadir sama, Ketua Pemuda Bersatu, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta ahli MPT termasuk Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Difahamkan, mesyuarat tersebut telah bermula pada 3 petang tadi.
Media masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai tujuan mesyuarat tersebut diadakan.