Kala jengking merayap atas kabin Lion Air

Iklan
Gambar dikongsi salah seorang penumpang menunjukkan kala jengking tersebut merayap pada kabin.

JAKARTA - INDONESIA. Penumpang Lion Air, JT293 gempar selepas kala jengking dilihat merayap di kabin selepas pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Syarif Kasim II di Riau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, semalam.

Insiden itu turut dirakamkan salah seorang penumpang yang memuat naik video itu di platform media sosial.

Iklan
Iklan

Jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro pada Jumaat berkata, mereka masih menyiasat bagaimana haiwan berbisa itu boleh berada di dalam pesawat.

"Berdasarkan pemerhatian kami, ia kelihatan seperti labah-labah. Tetapi, gambar yang dimuat naik di Youtube menunjukkan ia adalah kala jengking," menurutnya.

Iklan

Jelasnya, selepas menerima maklumat tentang insiden itu, staf penerbangan segera memeriksa kabin, namun tidak menemui apa-apa.

"Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, pesawat itu telah diperiksa dengan rapi untuk mengelakkan sebarang ancaman serangga perosak," ujarnya.

Iklan

Difahamkan, pesawat JT293 itu telah melalui pemeriksaan sebelum penerbangan dan disahkan selamat untuk terbang. - Jakarta Post