Bekas KSU Kementerian Luar, Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia pada Sabtu di usia 83 tahun.

Berita sedih pemergian ahli kumpulan bekas penjawat awam G25 itu dikongsikan oleh rakan Allahyarham yang juga ahli kumpulan itu, Datuk Noor Farida Ariffin.

Iklan
Iklan

Noor Farida ketika dihubungi Bernama berkata, Allahyarham yang diketahuinya mempunyai masalah kesihatan difahamkan rebah di balkoni bilik tidur di rumahnya, petang Jumaat.

"Jenazah beliau dibawa ke Masjid Kampung Baru pada 10 pagi tadi (Sabtu) untuk disolatkan. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zohor,” katanya.

Iklan

Ahmad Kamil dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri pada1989 dan bersara tiga tahun kemudian tetapi dilantik semula ke jawatan itu secara kontrak selama empat tahun hingga 1996.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke beberapa negara termasuk Vietnam, Jepun dan Switzerland serta Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva (1980).

Iklan

Pada 2003, Allahyarham menjadi Utusan Khas Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). - Bernama