Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan dimuktamadkan tahun ini
Iklan
Halimah (tengah) bergambar bersama penerima suntikan vaksin Covid-19 selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin di Dataran Tasik Kluang pada Sabtu. -Foto Bernama
KLUANG - Penubuhan dua Jawatankuasa Perpaduan yang bertujuan memperkasa pembangunan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dalam negara akan dimuktamadkan tahun ini selepas dibawa ke mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, jawatankuasa tersebut melibatkan Jawatankuasa Exco Perpaduan dan Jawatankuasa Permuafakatan Daerah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Jawatankuasa Exco Perpaduan dianggotai semua Exco perpaduan di setiap negeri, tanpa mengira parti sama ada kerajaan atau pun pembangkang.
"Semua mereka akan duduk semeja sebagai ahli jawatankuasa bagi memastikan agenda perpaduan negara dapat direalisasikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin: Memperkasa Kepimpinan KRT Zon Kluang/Batu Pahat/Mersing di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Dataran Tasik Kluang di sini pada Sabtu.
Iklan
Sementara itu Halimah berkata, pegawai daerah di setiap negeri akan bertindak selaku perantara kerajaan dalam Jawatankuasa Permuafakatan Daerah untuk menyampaikan suara komuniti di kawasan mereka.
Dalam perkembangan lain Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, kementerian sedang dalam proses untuk mengagihkan geran berjumlah RM50 juta kepada 8,330 KRT, dengan keseluruhan 250,000 ahli di seluruh negara.
Iklan
Menurutnya, proses pengagihan geran itu telah bermula di Melaka minggu lepas, melibatkan sebanyak 249 KRT dengan peruntukan berjumlah RM1.49 juta.
"Selepas ini, di Johor, Perak, Selangor dan lain-lain negeri. Apabila geran sudah dimasukkan ke dalam akaun, mereka (KRT) boleh terus memulakan apa-apa perancangan untuk mencapai dasar perpaduan negara,” katanya.
Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030, sebagai inisiatif mengukuhkan perpaduan yang bersifat inklusif, jelas dan padu dalam tempoh 10 tahun akan datang. - Bernama
Kerajaan Persekutuan sedia meneliti peluasan perlaksanaan konsep rumah transit Bangsa Johor yang diperkenalkan dua tahun lalu, ke negeri lain, membantu rakyat khususnya keluarga muda kurang berkemampuan dapat memiliki kediaman.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan yang dibuat di Johor dengan memulangkan 30 peratus daripada kadar jumlah sewa kepada keluarga muda selepas tempoh sewaan selama lima tahun berakhir, adalah terbaik, lapor wartawan Sinar Harian Nurhidayah Hairom.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/686991/berita/nasional/teliti-perluas-konsep-rumah-transit-bangsa-johor-ke-negeri-lain---ahmad-zahid
Muzik: Elevate dari www.bensound.com