Kebenaran rentas negeri penerima dua dos vaksin belum diputuskan

Iklan
Ismail Sabri (kiri) memakaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM pada majlis Penganugerahan PJM Kepada Veteran ATM Peringkat Negeri Pahang pada Sabtu. Foto Bernama

KUANTAN - Kebenaran merentas negeri kepada penerima dua suntikan dos vaksin Covid-19 masih belum diputuskan kerajaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala keputusan mengenai perkara itu bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melakukan kajian terhadap kebolehjangkitan setiap dua minggu.

Iklan
Iklan

"Kalau KKM kata keadaan sudah stabil dan boleh rentas negeri, kebenaran akan diberikan. Kalau boleh buat sementara waktu ini bersabar dahulu.

"Ini kerana cadangan yang membenarkan penerima dua suntikan vaksin boleh rentas negeri itu kita belum putuskan dan ia akan dibincang dalam masa seminggu lagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia di Hotel Swiss-Bell Tanjung Lumpur, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Iklan

Pada majlis berkenaan, seramai 295 penerima menerima Pingat Jasa Malaysia sebagai penghargaan oleh kerajaan terhadap jasa dan bakti mereka kepada negara terutamanya semasa darurat.

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri bersempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan.

Ismail Sabri berkata, setakat ini terdapat enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak banyak berubah daripada segi kadar jangkitan Covid-19.

Jelasnya, keadaan kes jangkitan Covid-19 masih lagi menunjukkan trend turun dan naik.