Empat anggota penyelamat sukarelawan antara lima maut

Iklan
Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran. Gambar hiasan

BANGKOK - Lima orang termasuk empat anggota penyelamat sukarelawan maut selepas bangunan rumah tiga tingkat runtuh selepas musnah dalam kebakaran, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu di Boromratchonnanee Road, di daerah Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok, tujuh penghuni berjaya diselamatkan.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media, anggota polis dan bomba berkejar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dan mengambil masa sejam untuk memadam kebakaran.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, ketika usaha memadam selesai dan usaha menyelamatkan penghuni dijalankan, secara tiba-tiba bangunan itu runtuh.

Iklan

Menurut laporan awal pihak berkuasa, lima mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bangunan; empat daripadanya adalah anggota penyelamat dan seorang adalah pemilik rumah tersebut. - Bernama

Iklan