Bakal tambah 40 ekar kelapa matag

Iklan
Khairuddin (berdiri, lapan dari kiri) memegang replika kunci treler sambil bergambar bersama pengurusan PPK Hutan Melintang.

BAGAN DATUK - Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hutan Melintang bakal menambah keluasan tanaman kelapa matag sebanyak 40 ekar dalam menambah pendapatan persatuan tersebut.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi berkata, buat masa ini PPK Hutan Melintang mempunyai 37 ekar ladang kelapa matag di Ladang Seri Perkasa, di Kampung Seri Perkasa di sini.

Iklan
Iklan

"PPK Hutan Melintang mempunyai asas yang baik melalui aset yang boleh menjana keuntungan, termasuk kelapa sawit, tetapi harga kelapa sawit sekarang tidak menentu jadi kita mempunyai perancangan bagi menambah pendapatan PPK.

"Maka kita letak projek khas kelapa matag seluas 37 ekar dan merancang untuk menambah keluasan tanaman kelapa matag 40 ekar lagi dan Insya-ALLAH Lembaga Pertubuhan Peladang akan meluluskannya," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Anggota PPK Hutan Melintang, di sini, hari ini.

Iklan

Menurut Khairuddin, adalah menjadi harapan PPK Hutan Melintang menjadikan DUN Hutan Melintang sebagai tumpuan utama penanaman kelapa matag lebih-lebih lagi dengan pembinaan Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat.

"PPK Hutan Melintang merupakan satu-satunya PPK yang mempunyai ladang kelapa matag berbanding PPK lain yang mengusahakannya secara kecil-kecilan dan harganya 12 kali ganda lebih baik daripada kelapa sawit.

Iklan

"Insya-ALLAH akan ada 77 ekar tanaman kelapa matag dan apabila pengguna lebuh raya dari Banting, Selangor ke Taiping, mereka akan melihat pokok kelapa matag memenuhi laluan di Hutan Melintang," katanya.

Sementara itu, Khairuddin turut menyerahkan kunci treler kepada Ramp Kelapa Sawit Ladang Bharu milik PPK Hutan Melintang yang dibeli dengan harga RM302,000 dalam menambah pendapatan PPK berkenaan.

"Selama ini kita menyewa treler untuk menjual sawit di kilang milik Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) di Beruas dan dengan adanya treler milik sendiri kita dapat menjimatkan kos.

"Kita menjangkakan dengan adanya treler ini PPK mampu memperoleh pendapatan sekurangnya RM10,000 sebulan hasil daripadanya termasuk sewaan kepada mereka yang berminat," katanya.