KOTA BHARU - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memastikan teks khutbah Jumaat adalah berkisarkan masalah semasa terutama isu berbangkit dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya mempunyai panel tersendiri untuk mencari tajuk-tajuk bersesuaian pada setiap minggu.
Iklan
Iklan
"Khutbah itu mungkin tidak menarik bagi sesetengah pihak tapi ia menyelesaikan apa sahaja isu yang berbangkit setiap minggu.
"Insya-ALLAH kita akan baiki dari semasa ke semasa. Ada orang yang tunggu khutbah yang sedap, tapi penyampai pula tidak sedap. Ada pelbagai," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.
Beliau sebelum itu hadir mengiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Program Jelajah Malaysia Prihatin di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Pengkalan Chepa di sini.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan terdapat negeri yang tidak menggunakan khutbah disediakan Jakim kerana kemungkinan teks yang disediakan membosankan dan tidak memberi kesan kepada jemaah.
Artikel Berkaitan