Di mana ibu, ayah Aisyah?

Iklan
Aisyah

PASIR MAS - Seorang wanita merayu orang ramai untuk membantu mengesan keluarga kepada anak angkatnya yang dijaganya sejak tujuh tahun lalu.

Noor Zilah Ibrahim, 38, berkata, kanak-kanak yang diberi nama Aisyah itu dijaganya selepas ditemui di halaman rumahnya pada 2014 lalu.

Iklan
Iklan

"Ketika itu (Julai 2014), saya dikejutkan dengan tangisan bayi sekitar jam 7 petang.

"Apabila memeriksa kawasan halaman rumah, saya menemui seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, dia nekad untuk menjaga bayi tersebut dan diberikan nama Aisyah.

Noor Zilah berkata, sekarang ini usia Aisyah sudah menjangkau tujuh tahun dan ingin ke sekolah.

Iklan

Dia berkata, bagaimana pun Aisyah tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Saya merayu kepada ibu bapa Aisyah untuk tampil membantu saya bagi membolehkan Aisyah ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain," katanya.

Katanya, sesiapa yang mengenali ibu bapa Aisyah diharap dapat menghubunginya di talian 016-9349994.