PEMAIN badminton paralimpik negara memenangi tiga gelaran di kejohanan Antarabangsa Badminton Para Fazza-Dubai di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.
Juara dunia perseorangan lelaki enam kali Cheah Liek Hou mengungguli acara SU5 (Berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) selepas mengalahkan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi 14-21, 22-20, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung lebih satu jam.
Iklan
Iklan
Perlawanan akhir Kategori WH1 (kerusi roda) pula menyaksikan Muhammad Ikhwan Ramli menewaskan David Toupe dari Perancis 23-21, 21-13, menurut laman sesawang rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF); https://bwfpara.tournamentsoftware.com.
Sementara Noor Azwan Noorlan memenangi perseorangan lelaki WH2 (kerusi roda) selepas mengalahkan Rick Cornell Hellman dari Jerman 18-21, 21-18, 21-12, pada perlawanan yang berlangsung selama satu jam tujuh minit.
Bagaimanapun Didin Taresoh yang bertanding dalam kategori gabungan SH6, terpaksa berpuas hati di tempat kedua, selepas tewas kepada Nagar Krishna dari India 17-21, 18-21 pada perlawanan akhir.
Artikel Berkaitan