TELUK INTAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika memancing di Sungai Dedap di sini pada Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Wan Azila Abdul Aziz, 27, dilaporkan terjatuh ketika memancing bersama abang iparnya.
Iklan
Iklan
Dalam kejadian itu, abang ipar mangsa terselamat dan dibawa orang awam ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan awal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, sepasukan 14 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.48 petang.
"Berdasarkan laporan awal, mangsa dipercayai terjatuh ketika bot yang dikendalikan abang iparnya cuba mengelak sampah sarap di sungai terbabit.
"Abang ipar mangsa terjun untuk cuba menyelamatkannya tetapi gagal. Pos kawalan bomba dibuka dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan," katanya.
Katanya, teknik pencarian dasar (surface searching) dijalankan bersama khidmat unit anjing pengesan (K9) bomba di sepanjang 1.5 kilometer.