WARTAWAN yang membuat liputan mengenai hal ehwal luar negara pada akhir tahun 1980-an dan 1990-an selalu menantikan taklimat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar.
Beliau disifatkan sebagai gerbang pengetahuan mengenai hal ehwal global dan akan berkongsi maklumat dengan mudah bila perlu.
Profil tertinggi dalam hal ehwal antarabangsa ketika itu di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan telah menjadikan Wisma Putra terus maju.
Dan Ahmad Kamil tahu bila masa sesuai untuk memberi maklumat kepada media yang sangat memerlukan berita.
Bila beliau masuk ke dalam bilik atau dewan, anda boleh melihat susuk tubuh berketinggian 180 sentimeter (cm) ini.
Tidak kisah jika anda wartawan senior atau junior, beliau akan melayan semua soalan sama ada ia relevan atau tidak.
Beliau akan memastikan anda mengetahui mengenai perkara terbaru, urusan luar negara dan meluangkan masa untuk menerangkan satu persatu.
Beberapa bekas rakan sejawatannya dan junior yang bekerja di bawahnya ketika beliau bertugas sebagai Setiausaha Agung Wisma Putra menyifatkannya sebagai ramah dan cerdas.
Datuk Hsu King Bee hanya bertemu dengan Ahmad Kamil sebagai pegawai rendah di kementerian pada lewat 1970-an.
"Saya menyertai Wisma Putra pada tahun 1972 tetapi hanya berjumpa dengannya beberapa tahun kemudian apabila beliau pulang dari luar negara untuk berkhidmat sebagai setiausaha bagi Asia Tenggara.
"Ketika beliau dinaikkan pangkat sebagai setiausaha setahun kemudian, saya di jabatan perancangan dasar dan bersama Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, juga seorang ketua pengarah di mana kami berkerja sama dengan beliau,” katanya.
King Bee turut memuji Ahmad Kamil sebagai seorang yang berfikiran adil.
"Beliau mengetahui semua isu dengan baik. Beliau melakukan liputan melebihi Asean. Beliau melakukan semuanya mengenai spektrum hal ehwal luar negara.
"Tetapi sebagai bos, beliau juga seorang yang adil dan penyayang. Dia membenarkan kakitangan junior seperti saya mengembangkan potensi kami. Dia berkongsi maklumat dengan kami dan memberi peluang dan juga beroperasi di peringkat serantau dengan baik,” tambahnya.
King Bee berkata, beberapa diplomat yang sudah bersara sentiasa menghubungi dan mengunjunginya beberapa bulan lalu.
"Kadang-kadang beliau tidak berapa sihat, kami mengunjunginya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar kepada kami. Beliau seorang permata kerana sumbangannya kepada negara,” katanya ketika dihubungi.
Ahmad Kamil yang bertugas di Wisma Putra hampir 35 tahun telah berkhidmat di bawah empat perdana menteri.
Dalam bukunya, Growing Up with Nation, beliau memuji Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menjadi menteri luar negara pada suatu ketika sebelum mengambil alih jawatan perdana menteri, telah membuat keputusan yang begitu mudah mengenai isu luar negara.
"Saya berasa lebih mudah untuk mengendalikan kerja saya dengan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana keputusannya diambil secara peribadi.
"Saya bergerak secara bebas apabila terdapat keperluan untuk saya berunding dengan perdana menteri.
"Keperibadian Menteri Luar (ketika itu) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memudahkan perkara ini. Beliau memberikan saya kebebasan untuk menguruskan kementerian,” tulisnya.
Seorang lagi veteran Wisma Putra, Tan Sri Hasny Agam menyifatkan Ahmad Kamil sebagai ‘diplomat utama generasi lebih tua’.
"Beliau pandai berkata-kata, pandai berbicara, ramah, memiliki semua sifat diplomat danbukan seorang yang sombong.
"Kami terus berhubung selama beberapa tahun dan hubungan persahabatan masih hebat dalam kalangan generasi lebih berusia,” tambah Hasny.
Dalam memoirnya yang diterbitkan pada tahun 2013, Ahmad Kamil menulis mengenai pengalamannya dan terbabit dengan Somalia, Sudan, Bosnia Herzegovina dan Kosovo di mana Malaysia memperjuangkan hak dan keadilan bagi rakyat negara itu yang berputus asa akibat konflik dalaman dan dibuli oleh negara besar.
Beliau ingat bahawa Malaysia, sejak awal telah menolak kecenderungan itu dan berdiri dengan prinsipnya untuk dilabel sebagai sekutu kuat kedua-dua pihak dalam Perang Dingin.
"Ini adalah pujian kepada Tun Abdul Razak yang bertanggungjawab atas dasar perubahan kami. Tidak berat sebelah dan adil menjadi tonggak penting dasar luar negara.
"Keistimewaan dasar luar negara adalah untuk merealisasikan sepenuhnya di bawah Dr Mahathir,” tulisnya.
Ahmad Kamil mengakhiri kerjayanya dalam bidang diplomatik pada tahun 1996.
Beliau meninggal dunia pada Sabtu ketika berusia 83 tahun.
Budak kampung dari Kulim, Kedah yang lebih meminati sukan bola sepak dan ragbi berbanding politik, akhirnya menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan luar negara dan memberikan sumbangan tidak ternilai kepada negara.
Allahyarham akan sentiasa diingati sebagai tokoh yang menjulang tinggi bidang diplomatik.