Masjid Kampung Hulu yang berusia kira-kira 300 tahun mempunyai seni bina kubah berbentuk pagoda yang jelas mempamerkan hasil pengaruh seni bina Cina terletak di Jalan Kampung Hulu.
Kubah yang berbentuk pagoda itu, menjadikan ia sebahagian daripada keunikan pada masjid tersebut yang mampu menarik kunjungan pelancong ke Melaka.
Iklan
Iklan
Pertembungan budaya antara masyarakat Melayu dan Cina telah menghasilkan satu seni bina yang menarik termasuk dalam bidang pertukangan dan pembinaan bangunan serta rumah ibadat atau masjid untuk penganut agama Islam.
Tapak masjid yang membawa maksud sebagai syariat, bumbung pertama sebagai tarekat, bumbung kedua sebagai hakikat dan bumbung ketiga sebagai makrifat dan diakhiri dengan mahkota puncak masjid sebagai tingkat paling atas yang mana merupakan unsur simbolik penghubung antara masjid dan alam sejagat dengan tuhan penciptaNya. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan