Jajaran Utara ECRL bakal tarik 5.03 juta penumpang

Iklan
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka bakal menarik 5.03 juta penumpang pada tahun pertama operasi.

PUTRAJAYA - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka bakal menarik 5.03 juta penumpang pada tahun pertama operasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pelaksanaan semula Jajaran Utara turut memberi kelebihan kepada ECRL menjadi infrastruktur berdaya maju.

Iklan
Iklan

"Projek ECRL dijangka bawa 26.12 juta tan kargo melalui Jajaran Utara bagi tahun pertama operasi,” katanya.

Ka Siong sebelum ini dilaporkan berkata, projek ECRL yang dijangka siap pada 2026 itu telah mencapai kadar kemajuan sebanyak 20.37 peratus pada Januari 2021 berbanding dengan jadual asal iaitu 19.39 peratus.

Iklan

Jajaran ECRL 3.0 juga dijangka meningkatkan pembangunan dan perbandaran baharu serta memacu aktiviti kormersial di sekitar kawasan baharu seperti Puncak Alam dan Kapar di mana kedua-kedua kawasan itu telah direka sebagai stesen masa hadapan ECRL.

Sementara itu, beliau berkata Jajaran Utara dijangka menarik sebanyak 26 juta tan kargo dan lima juta penumpang pada tahun pertama operasi, manakala Jajaran Selatan pula diramal menarik sejumlah sembilan juta tan kargo dan empat juta penumpang pada tahun pertama operasi.

Iklan

"Oleh itu, Jajaran Utara diunjurkan memberi lebih ramai penumpang dan muatan kargo untuk ECRL apabila beroperasi semasa tahun pertama,” katanya.

Ka Siong juga berkata, kerajaan tetap perlu meneruskan pembinaan ‘Pintasan Serendah’ walaupun Jajaran Selatan dibina, kerana laluan pintas tersebut dapat menyelesaikan dengan segera isu ‘bottleneck’ dan kesesakan perkhidmatan rel KTMB di sekitar Kuala Lumpur.

AKAN MENYUSUL