Rugi RM230,000 ditipu sindiket penipuan pelaburan

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga China diperdaya sindiket penipuan pelaburan berjumlah RM230,000 baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa berusia 47 tahun itu menyertai satu pelaburan sebelum memindahkan wang menerusi lapan transaksi secara berperingkat.

Iklan
Iklan

"Transaksi itu dibuat ke dalam akaun berbeza bermula 25 Mac hingga 2 April lalu.

"Mangsa menyedari tertipu selepas gagal mengeluarkan wang pelaburannya sebelum membuat laporan polis pada Sabtu," katanya pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis mengingatkan masyarakat supaya waspada dan jangan mudah terpedaya dengan mana-mana skim pelaburan tidak diketahui kesahihannya.

Iklan

"Dapatkan butiran lengkap terlebih dahulu setiap syarikat yang menawarkan sesuatu pelaburan sebelum membuat sebarang transaksi dan sebagainya," katanya.