Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancar

Iklan
Tuan Ibrahim (tengah)pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Buku Program Vaksinasi Lestari di Kompleks F, Putrajaya pada Isnin. Turut sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kiri) dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan). - Foto: Bernama

PUTRAJAYA - Garis panduan Program Vaksinasi Lestari dilancarkan hari ini berhubung tatacara pengurusan bahan buangan klinikal dan pembudayaan amalan hijau sepanjang pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, garis panduan dalam naskhah 12 muka surat itu disediakan untuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV), petugas di PPV, vendor, penyumbang serta penerima vaksin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah sisa klinikal tertinggi direkodkan adalah sebanyak 4,082 tan metrik pada Januari lepas dan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula 24 Februari akan menambahkan kuantiti sisa klinikal.

"KASA (Kementerian Alam Sekitar dan Air) menganggarkan pertambahan sebanyak 2,100 tan metrik sisa klinikal dihasilkan dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan program imunisasi,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku garis panduan itu, di sini pada Isnin.

Iklan

Merujuk sisa klinikal seperti plaster, picagari dan jarum, sarung tangan getah, vaksin tamat tempoh atau vaksin yang telah tercemar, Tuan Ibrahim berkata ia perlu diuruskan oleh syarikat yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). - Bernama

Iklan