Proses pencalonan PRK Semenyih bermula 9 pagi

Iklan
Proses penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih bermula pada 9 pagi.

SEMENYIH - Proses penamaan calon bagi PRK DUN Semenyih akan bermula pada 9 pagi ini.

Pusat penamaan calon ialah di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian, Kajang kira-kira 12 kilometer dari pekan Semenyih.

Iklan
Iklan

Tempoh masa mengemukakan kertas pencalonan bermula 9 pagi hingga 10 pagi.

Pengundian awal ditetapkan 26 Februari manakala pengundian 2 Mac.

Iklan

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, daripada Bersatu pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU14, Allahyarham Bakhtiar memperoleh 23,428 undi sekali gus mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi. - Bernama

Iklan