KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mempersoalkan apakah peranan yang dimainkan wakil kerajaan Terengganu yang kini menjawat jawatan di peringkat Pusat dalam menuntut royalti minyak Terengganu.
Menurutnya, tuntutan hak royalti minyak Terengganu sebelum ini lantang disuarakan bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, bekas Adun Batu Buruk dan bekas Adun Bandar setiap kali persidangan Dun Terengganu sebelum ini.
"Seingat saya, setiap kali dewan bersidang pasti soal isu ini (royalti) dikemukakan oleh mereka malah ada yang sekarang sudah menjawat jawatan timbalan menteri dan sudah pasti mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Kerajaan Pusat
"Maka peranan mereka ini amat kita perlukan dalam memastikan hak kita mendapatkan duit yang sedia ada ditambah dengan royalti duit ihsan kepada hasil di Bertam,” katanya, kelmarin.
Katanya, isu berkaitan wang ihsan adalah perkara sensitif bagi rakyat Terengganu dan kelewatan pembayaran menimbulkan kebimbangan.
"Kebiasaannya wang ihsan ini akan peroleh dalam bulan Oktober, tetapi kini dah bulan November, malah, kita difahamkan baki lebih kurang RM500 juta belum diterima lagi.
"Jadi, kita rasa bimbang kerana bajet yang dibentangkan berasaskan kepada penerimaan duit termasuklah duit ihsan ni yang dijangka berjumlah RM1.7 bilion,” katanya.
Sementara itu, Adun Kijal yang juga merupakan seorang lagi bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya menawarkan diri untuk bersama-sama dalam memperjuangkan royalti yang menjadi hak rakyat Terengganu.
"Kami pihak pembangkang bersedia menawarkan diri untuk bersama-sama dengan kerajaan Terengganu untuk kita menuntut hak rakyat Terengganu kerana saya tahu dari segi perjanjian dan sebagainya dalam hal ini. Kita bersedia dan bagi saya kita tidak perlu takut apa-apa.
"Dalam perjuangan kerajaan terdahulu pun, tuntutan kita bukan hanya tertumpu kepada duit ihsan sedia ada, tetapi juga dari segi hak kita untuk telaga minyak Bertam. Sebab itu saya berani hilang jawatan semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, satu jawatankuasa khas terdiri dari wakil rakyat kerajaan dan pembangkang akan dibentuk untuk memperjuangkan wang royalti minyak, sebelum akhir tahun ini.