Pemilihan parti tidak pecah belah UMNO: Hasni

Iklan
Hasni Mohammad

JOHOR BAHRU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad yakin pemilihan parti yang dijangka pada akhir tahun ini tidak memecahbelahkan UMNO.

Katanya, pengalaman dimiliki UMNO yang sudah berusia 75 tahun dalam menjalankan pemilihan parti sebelum ini, membuatkan UMNO"cukup masak" berdepan cabaran menjelang pemilihan parti.

Iklan
Iklan

"Meskipun berlaku percanggahan pandangan dalam kalangan ahli, saya yakin pemilihan UMNO yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini tidak memecahbelahkan parti," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan progran sayangi sungai skudai sempena Hari Air Sedunia peringkat Negeri Johor di Loji Air Skudai di sini pada Selasa.

Dalam pada itu Hasni yang merupakan Menteri Besar Johor berharap ahli UMNO dapat memahami perlembagaan parti supaya tidak berlaku sebarang permasalahan dari segi pematuhan ketetapan yang dibuat berhubung pemilihan parti.

Iklan

"Mengikut perlembangan UMNO, setiap tiga tahun parti perlu mengadakan pemilihan. Selain itu perlembagaan juga membenarkan lanjutan selama 18 bulan atas sebab yang khusus seperti tahun-tahun pilihan raya, tahun-tahun yang mana berlaku bencana dan sebagainya.

"Oleh itu saya melihat tiada permasalahan dari segi pematuhan ketetapan yang dibuat atau terkandung dalam perlembagaan parti," katanya.

Iklan

Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pemilihan UMNO dijangka diadakan pada hujung tahun ini, namun tarikh sebenar pemilihan bergantung kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohamad Hasan berkata, dalam perlembagaan parti, mereka mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk menangguhkan pemilihan, bermula dari tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 28 Mac lalu.

Katanya, UMNO tidak akan menunggu sehingga 18 bulan memandangkan presiden parti telah menegaskan bahawa pemilihan akan diadakan pada tahun ini.

Pemilihan UMNO sepatutnya diadakan pada tahun lalu selaras dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020 namun terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan akibat pandemik Covid-19.

Mengikut perlembagaan UMNO, penangguhan bagi pemilihan parti dibenarkan dibuat dalam tempoh 18 bulan.