TUARAN - Sebanyak 324,573 rakyat yang terjejas akibat penularan Covid-19 di Sabah telah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin Covid-19 membabitkan RM97.37 juta sehingga semalam (Isnin), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 296,638 bakul makanan telah disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik itu.