KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Lima unit pondok kayu separa kekal di Madrasah Diniah Bakriah di Pasir Tumboh di sini hangus dalam satu kebakaran pada jam 2 pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.43 pagi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.