Teman wanita potong alat sulit kekasih

Iklan
Huang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. - Foto AsiaWire

CHANGHUA - Akibat cemburu, seorang teman wanita didakwa memotong alat sulit kekasihnya semasa tidur setelah mengetahui lelaki itu curang.

Mangsa dikenali Huang, 52, tersedar dari tidur kerana mengalami kesakitan di bahagian alat sulit dan kejadian berlaku di daerah Xihu di Changhua Taiwan, lapor Daily Mail.

Iklan
Iklan

Menurut media tempatan, bapa tiga anak itu terkejut melihat alat sulitnya berlumuran darah dan mendapati 20 peratus kulit pada alat sulitnya telah terkoyak.

Teman wanitanya, Phung, 40, didakwa memotong kemaluannya berhampiran pangkal dengan gunting dapur lalu membuangnya di dalam tandas, lapor Taipei Times.

Iklan

Bagaimanapun, Phung telah menyerah diri ke balai polis dan ditahan untuk siasatan lanjut sementara pasukan perubatan membawa Huang ke hospital.

Doktor merawat mangsa memberitahu, hujung alat sulit itu telah dipotong sebanyak 1.5 sentimeter namun ia masih boleh diselamatkan.

Iklan

"Keadaan mangsa stabil dan alat sulitnya boleh pulih seperti sedia kala," katanya.

Pasangan itu dilaporkan baharu bercinta selama 10 bulan dan berpindah di Changhua, di sini.