KOTA KINABALU - Dua lelaki direman selama enam hari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan pada 2019 yang bernilai RM336,000.
Menurut sumber, dua lelaki yang masing-masing sebagai pengurus syarikat dan penjawat awam berusia 46 tahun itu ditahan ketika hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Sandakan kira-kira jam 3 petang Selasa.