Data lebih 530 juta pengguna Facebook dicuri

Iklan
Facebook menyatakan data lebih 530 juta penggunanya ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019. - Foto 123rf

WASHINGTON - Gergasi platform media sosial Amerika Syarikat (AS), Facebook menyatakan data lebih 530 juta penggunanya ‘dicuri’ dan menegaskan kejadian berlaku untuk tempoh sebelum September 2019, lapor Sputnik.

"Pada 3 April, Business Insider menerbitkan laporan menyatakan maklumat daripada lebih 530 juta pengguna Facebook, didedahkan menerusi sebuah pangkalan data terbuka.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai pasukan yang dikhaskan untuk menangani isu seperti ini dan faham terhadap kesan yang bakal dialami oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan kami.

"Penting untuk difahami bahawa pelaku yang berniat jahat ini memperoleh data bukan menerusi tindakan menggodam sistem, sebaliknya mencurinya daripada platfom kami sebelum September 2019," kata Facebook menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Facebook berkata mereka percaya data terbabit dicuri atau 'dikikis' menggunakan platfom import kenalan.

"Sebaik kami mengetahui bagaimana pelaku menggunakan ciri ini pada 2019, kami membuat perubahan kepada platfom import kenalan itu.

Iklan

"Dalam kes ini, kami mengemas kini platfom itu bagi mengelak anasir jahat menggunakan perisian ini untuk meniru aplikasi kami dan memuat naik sejumlah set nombor telefon untuk melihat nombor mana yang sepadan dengan nombor pengguna kami.

"Menerusi fungsi sebelum ini, pelaku boleh meminta mendapatkan sejumlah set profil pengguna dan mendapatkan maklumat pengguna terbabit termasuk profil umum," menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, Facebook menegaskan, maklumat yang terdedah tidak termasuk maklumat kewangan, kesihatan atau kata laluan. - Bernama