Dua transporter, 14 PATI dicekup

Iklan
Sebahagian PATI yang cuba masuk ke negara ini melalui jalan laut dicekup dalam operasi di Tali Air Parit 8 Sekinchan, Sabak Bernama pada Selasa.

SABAK BERNAM - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang menjadi 'transporter' (pengangkut) darat membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Tali Air Parit 8 Sekinchan, di sini pada Selasa.

Dalam 'Op Benteng Covid' itu, seorang lelaki berusia 45 tahun yang merupakan warganegara tempatan dan seorang rakannya yang berusia 56 tahun yang memiliki taraf pemastautin tetap itu ditahan di dalam sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan pada jam 7.30 pagi.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya telah membuat pemeriksaan di sekitar pesisir pantai dan menahan 14 PATI warga Indonesia.

"14 PATI ditahan itu terdiri daripada lima lelaki dan sembilan perempuan berumur lingkungan 14 hingga 64 tahun.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan laut) dengan menggunakan bot dan kemudiannya dilepaskan di pesisir pantai Bagan Sekinchan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rizal berkata, semua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sekinchan, Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.

Iklan

"Turut dirampas, sebuah teksi dan anggaran nilai rampasan berjumlah RM24,000.

"Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas PDRM.