Sidang kemuncak perubahan iklim AS sasarkan pengeluar besar GHG

Iklan
Tuan Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak diundang ke Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini kerana objektf utama persidangan ialah untuk menggalakkan ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang 80 peratus gas rumah hijau (GHG) meningkatkan komitmen ke arah mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5 darjah Celcius.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.

Iklan
Iklan

Sidang kemuncak itu juga berkaitan negara yang terdedah kepada perubahan iklim yang ketara seperti Vietnam serta Indonesia, dan Malaysia tidak tergolong dalam kedua-dua kategori (pengeluar GHG, negara terdedah), katanya.

"Persidangan itu bersifat ‘one-off’ dan tidak menjejaskan rundingan serta ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Iklan

"Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari AS,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia tidak tersenarai sebagai antara 40 negara yang dijemput ke persidangan tersebut dan susulan itu timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Iklan

Sementara itu, Tuan Ibrahim menjelaskan pada masa ini industri plastik kitar semula dibenarkan berdasarkan ketetapan kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri tersebut.

Katanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengawal selia pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai penguat kuasa memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

"Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport manakala bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021 sebanyak 143 kontena. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi dalam tindakan JAS untuk dihantar balik,” katanya. - Bernama