Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$108.6 bilion pada 31 Mac 2021

Iklan

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.6 bilion pada 31 Mac, 2021 berbanding US$109.2 bilion pada 15 Mac, 2021.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Iklan
Iklan

Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing, jelasnya.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$100.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$3.0 bilion).

Iklan

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR bernilai RM451.0 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM1.60 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM11.96 bilion).

Menurut bank pusat itu lagi modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM174.82 bilion), mata wang dalam edaran (RM139.40 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM152.47 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM3.49 bilion), lain-lain deposit (RM13.02 bilion), kertas Bank Negara (RM7.22 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.99 bilion). - Bernama

Iklan