KUANTAN - Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut disyaki ditembak dalam sebuah rumah berhampiran Bukit Rangin Perdana 2 di sini.
Tanpa mendedahkan butiran tangkapan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua individu terbabit direman selama tujuh hari sehingga 13 April.