Bomba bantu pindah pesakit obesiti

Iklan
Pesakit dipindahkan menggunakan lori bomba diiringi anggota bomba, doktor dan kakitangan perubatan ke HTAA.

PEKAN - Seorang wanita yang mengalami berat badan berlebihan (obesiti) terpaksa menaiki lori bomba untuk dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi menjalani rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan, Penolong Penguasa Bomba Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, wanita berusia 23 tahun itu sebelum ini dirawat di Hospital Pekan sebelum dirujuk ke HTAA hari ini.