DBKL turunkan kadar sewa Bazar Ramadan 2019

Iklan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Kadar baharu bayaran Bazar Ramadan Kuala Lumpur 2019 diturunkan lebih 50 peratus dalam usaha membantu dan memberi peluang lebih ramai usahawan berniaga.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Norhaslinda Nordin berkata, penurunan tersebut disertakan dengan pengekalan kualiti perkhidmatan termasuk penyediaan kanopi, perkhidmatan pembersihan, keselamatan dan keselesaan kepada peniaga serta pengunjung.

Iklan
Iklan

"Kadar baru itu dibahagikan mengikut kategori A bagi Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan B melibatkan bazar juadah berbuka. Bagi kategori A, yuran keseluruhan yang perlu dijelaskan termasuk cagaran sebanyak RM1,000 adalah RM1,494 berbanding tahun sebelumnya RM3,900.

"Bagi kategori B pula, kadar baru adalah RM406 daripada RM873 (2018) selepas cagaran diturunkan sebanyak RM200 menjadi RM300 sementara fi lesen RM29 berbanding RM58," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, menurutnya, sebanyak 150 permohonan diterima dalam tempoh empat jam sejak permohonan e-bazar dalam talian dibuka, semalam.

"Jumlahnya dijangka meningkat sebelum permohonan ditutup pada 14 Mac ini. Permohonan boleh dibuat di https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar," katanya.

Iklan

Sebanyak 4,330 petak membabitkan 57 lokasi bazar di sekitar ibu kota ditawarkan kepada peniaga pada tahun ini yang mana akan diuruskan oleh DBKL sendiri.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan melancarkan e-bazar, permohonan dan pembayaran lesen boleh dibuat melalui dalam talian, Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Permohonan bazar Ramadan dibuka dalam talian