TFC nafi mahu sambar khidmat Shahrul Saad

Iklan
Nafuzi menafikan TFC mahu merekrut Shahrul Saad (kiri) dari Perak bagi memperkuatkan bahagian pertahanan kelab itu.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menafikan kelab itu mahu mendapatkan khidmat pemain pertahanan Perak FC, Shahrul Saad seperti yang ditularkan banyak pihak di laman sosial ketika ini.

Menurut Nafuzi, berita itu hanya khabar angin kerana TFC tidak berhasrat untuk menambah pemain pada ketika ini.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya saya terbaca berita pun tergelak. Sebab saya sendiri tidak pernah bercakap untuk ambil pemain lain. Sebab sekarang ini saya lebih fokus kepada pasukan saya. Masalah team lain saya tak ambil kisah sangat.

"Bagi saya, ia hanya khabar angin sahaja. Memang kita perlukan pemain yang bagus seperti Shahrul Saad yang memang seorang pertahanan yang bagus di Malaysia ini. Tetapi bukan senang dan bukan mudah untuk dapatkan pemain seperti dia,” katanya selepas perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang pada Selasa.Terdahulu, Perak FC didakwa sedang dilanda masalah tunggakan gaji dengan beberapa pemain sedia untuk angkat kaki meninggalkan The Bos Gaurus.

Iklan

Ia sekali gus timbul khabar angin mengatakan beberapa kelab sedia untuk mendapatkan pemain Perak FC dengan TFC juga sedang mengintai Shahrul untuk memperkuatkan benteng kelab dari Pantai Timur itu.

Dalam pada itu, Nafuzi tidak meletakkan sebarang sasaran untuk merebut kejuaraan Liga Super selepas menyaksikan skuad Penyu tersebut terikat 1-1 dengan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur.

Iklan

"Apa yang penting untuk pasukan saya adalah konsistensi pemain saya. Kita telah terlepas empat kemenangan dalam empat perlawanan terakhir.

"Namun, saya tetap berbangga dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain saya dengan hakikat bahawa kita kehilangan banyak pemain akibat kecederaan. Tetapi, pemain yang diturunkan sebagai ganti mampu menunjukkan bahawa mereka layak bermain dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.