Pulau Songsong akan dinaik taraf dengan kemudahan asas seperti tandas, surau dan dataran yang dilengkapi dengan kemudahan lampu di sekeliling kawasan bagi memudahkan para pelancong yang datang bermalam di sini.
Pelbagai lokasi menarik ditawarkan kepada pelancong menerusi 'Pakej Pelancongan ke Daerah Kuala Muda dan Yan Pasca PKP’ yang akan dikendalikan ejen pelancongan MLS Travel and Tours dari Sungai Petani antaranya ialah Sungai Batu, Muzium Arkeologi, Gunung Jerai dan Tanjung Dawai selain Pulau Songsong, Pulau Bidan serta Pulau Telur. - Foto Bernama