Bazar Ramadan: Kelantan hadkan dua pelanggan di satu gerai

Iklan
Ahmad menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Pasar Awam Siti Mariam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan oleh MSO kepada Kerajaan Negeri Kelantan di Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghadkan dua orang pelanggan sahaja dibenarkan untuk membeli juadah berbuka di sesebuah gerai yang beroperasi di seluruh bazar Ramadan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ketika urus niaga itu berlangsung para pelanggan diingatkan supaya menjaga penjarakan fizikal bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Bukan itu sahaja, mereka juga wajib memakai pelitup muka serta mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

"Untuk makluman jumlah gerai kita turut hadkan mengikut keluasan tapak bazar serta penjarakan sebagaimana arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pasar Awam Siti Mariam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan oleh MSO kepada Kerajaan Negeri Kelantan di Pasir Tumbuh pada Khamis.

Iklan

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, dan Kesihatan, Dr Izani Husin.

Menurutnya, pembukaan semula bazar Ramadan itu akan merancakkan ekonomi setempat yang sebelum ini terjejas akibat Covid-19.

Iklan

Beliau berkata, pada masa yang sama orang ramai diingatkan supaya terus mengamalkan SOP.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu berkata, bilangan imam-imam untuk solat sunat tarawih tahun ini mencukupi bagi memenuhi keperluan masjid, surau dan madrasah di Kelantan.

Katanya, walaupun tanpa kehadiran 'imam import' dari Thailand produk tahfiz tempatan mampu mengisi kekosongan tersebut.

"Kita ada ramai hafiz-hafiz yang sudah sedia untuk menggalas tugas (imam tarawih) sepanjang Ramadan tahun ini," katanya.