Dua wanita AS saman agensi kastam

Iklan
Mimi Hernandez (kanan) dan rakannya Ana Suda berkata ejen peronda sempadan Paul O'Neal menahan mereka kerana fasih berbahasa Sepanyol dan dianggap pendatang.

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT. Dua wanita Amerika Syarikat (AS) yang ditahan ejen peronda sempadan di Montana bertindak menyaman Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan kerana menyangka mereka pendatang haram.

Kejadian penahanan itu berlaku pada Mei tahun lalu di sebuah pekan kecil di Havre, apabila pegawai keselamatan Paul O’Neal meminta Ana Suda dan Martha Hernandez menunjukkan kad pengenalan selepas mendengar kedua-dua wanita itu berbual dalam bahasa Sepanyol.

Iklan
Iklan

Paul berkata kepada wanita tersebut dia tidak suka mereka berbual dalam bahasa asing itu dan turut bertanya tempat kelahiran asal mereka.

Pegawai itu kemudiannya menahan kedua-dua wanita tersebut selama 40 minit sebelum membebaskan mereka.

Iklan

Hernandez dan Suda yang lahir di Texas, mendakwa mereka sedang membeli telur dan susu di sebuah kedai ketika ditahan oleh Paul yang berdiri di belakang mereka.

Kejadian itu turut dirakamkan dan tersebar.

Iklan

Difahamkan, bahasa Sepanyol amat jarang dituturkan di Montana yang bersempadan dengan Kanada.

Kesatuan Kebebasan Awam AS pada Khamis menyaman Jabatan Kastan dan Perlindungan Sempadan AS bagi pihak kedua-dua wanita itu.

Sementara itu, jurucakap agensi berkenaan enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut. – AFP