SIBU - Seramai 40 individu dikenakan kompaun antara RM10,000 dan RM1,500 selepas didapati berada di sebuah kafe di Jalan Adam di sini melebihi tempoh waktu yang dibenarkan untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) lewat malam Rabu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, individu yang dikompaun itu terdiri daripada seorang pemilik kafe yang dikenakan kompaun RM10,000 manakala lapan pekerja dan 31 pelanggan masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.