Rakaman audio: SKMM, CyberSecurity belum terima laporan

Iklan
Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.

ARAU - Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mahupun CyberSecurity Malaysia belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Kita tunggu, kalau ada laporan dibuat. Biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity. Setakat saya tahu belum ada laporan dibuat kepada kami...tak semudah itu (untuk mengambil tindakan kepada penyebar). Kalau ada laporan kita akan siasat,” katanya kepada pemberita sebelum majlis mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini pada Khamis.

Saifuddin diminta mengulas mengenai rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat yang tular dalam media sosial yang antara lain memaparkan suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas, menerusi panggilan telefon.

Iklan

Dalam pada itu, mengenai kunjungan hormat beliau menghadap Raja Perlis itu, Saifuddin berkata, antara topik yang dibincangkan bersama Tuanku Syed Sirajuddin ialah berkaitan kesalinghubungan internet dan perkembangan ekonomi digital.

"Saya mendapat maklum Tuanku Raja Perlis memang sangat berminat bukan saja soal kesalinghubungan, tetapi juga kemajuan Perlis dari segi ekonomi digital,” katanya.

Iklan

Saifuddin berkata, beliau juga memohon titah nasihat daripada baginda mengenai perkara yang boleh ditambah baik di Perlis, terutama hal-hal yang menjadi tanggungjawab kementerian itu dan agensi di bawahnya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman audio didakwa mirip suara Anwar-Ahmad Zahid tersebar

Zahid nafi perbualannya bersama Anwar

Anwar nafi audio perbualan bersama Zahid