AADK Kelantan buat ujian saringan air kencing di sekolah

Iklan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah.- Gambar hiasan

PASIR PUTEH - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar sekolah menengah di negeri itu bermula bulan ini bagi membendung penglibatan pelajar dalam pengambilan dadah.

Pengarah AADK Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, program itu akan dilaksanakan di semua sekolah menengah di negeri tersebut dan pelajar yang didapati positif akan dimasukkan ke dalam program pemulihan berbentuk kem di bawah agensi tersebut.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kami masih belum ada rekod jumlah penglibatan pelajar dengan dadah, oleh itu kita akan melaksanakan program ujian saringan air kencing kepada pelajar memandangkan sekolah ketika ini baru dibuka semula.

"Kita telah berbincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi melaksanakan program itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pelancaran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petai sebagai Sekolah Angkat ADDK di sini pada Khamis.

Iklan

Sehubungan itu juga beliau berharap pihak sekolah akan memberi kerjasama baik dengan tidak menyembunyikan data pelajar yang terlibat dadah.

Menurutnya setakat ini, AADK Kelantan mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan lima jajahan, antaranya Kota Bharu dan Tumpat. - Bernama

Iklan