Kapal rampas jadi tukun

Iklan
Salah sebuah daripada dua buah bot nelayan asing yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu dilupuskan untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Bidong, hari ini.

Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan APMM Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata dua buah bot itu disumbang kepada Universiti Malaysia Terengganu bagi tujuan penyelidikan akademik.

Beliau berkata, kesemua bot berkenaan adalah milik nelayan Vietnam yang telah dilucutkan hak kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara pada tahun lepas.- Foto Bernama