Pemimpin mahasiswa galas cabaran baharu sebagai pemimpin

Iklan
Saifuddin bergambar bersama para pelajar pada sesi Townhall bersama pimpinan pelajar Univeristi Malaysia Perlis (UniMap) di Kampus alam UniMap, Pauh Putra, Arau pada Khamis. -Foto Bernama

ARAU - Tugas pemimpin mahasiswa hari ini lebih besar berbanding sebelum ini kerana mereka menggalas tugas yang lebih berat, iaitu sebagai rakan pembimbing kepada generasi pertama golongan 18 tahun yang layak mengundi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tanggungjawab pemimpin mahasiswa bukan hanya menyedarkan hak dan peranan mereka sebagai pemilih pada PRU, tetapi turut membimbing mereka yang lebih dewasa.

Iklan
Iklan

"Dalam konteks yang lebih luas, pemimpin mahasiswa juga adalah rakan pimpinan kepada kerajaan.

"Saudara (pemimpin mahasiswa) ada tanggungjawab baharu, itu keistimewaan yang ada pada anda semua sebagai pemimpin hari ini,” katanya ketika berucap pada sesi dialog awam bersama pimpinan pelajar Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), di sini pada Khamis.

Iklan

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UNIMAP, Profesor Dr Mohd Fo’ad Sakdan, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Beliau berkata, sebagai pemimpin orang muda, mereka (pemimpin mahasiswa) perlu memahami kemahuan generasi hari ini.

Iklan

"Antaranya ialah orang muda mahu suaranya didengar, cadangannya diiktiraf, serta mahu semua isu-isu berkaitan orang muda, diselesaikan dengan cara yang bersesuaian dengan mereka,” katanya. - Bernama