KANGAR - Majlis Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-78 yang akan diadakan pada 17 Julai ini dibatalkan.
Kerajaan negeri menerusi satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, keputusan itu diperkenan oleh baginda setelah mengambil kira situasi semasa Covid-19.
Iklan
Iklan
"Baginda mengambil maklum bahawa situasi semasa pandemik Covid-19 masih berbahaya untuk mengadakan program perayaan seperti ulang tahun keputeraan baginda," menurut kenyataan itu.
Tuanku Syed Sirajuddin membuat keputusan sama tahun lepas apabila negara mula dilanda gelombang pertama pandemik Covid-19 pada awal 2020. - Bernama