Penyerang letup 60kg bom

Iklan
Anggota keselamatan India memeriksa tapak letupan di Lethpora.

NEW DELHI - INDIA. Sumber Pasukan Polis Simpanan Pusat (CRPF) berkata, kereta sedan yang digunakan dalam serangan menyasarkan bas membawa kakitangan CRPF pada Khamis lalu dipenuhi muatan 60 kilogram bahan letupan.

Serangan di Lethpora, selatan daerah Pulwama, Kashmir kira-kira 20 kilometer dari Srinagar itu telah meragut 44 nyawa.

Iklan
Iklan

Ia menambah, letupan kuat itu menyebabkan beberapa mayat berkecai dan tercampak sejauh 80 meter dari tapak serangan.

Serangan itu berlaku hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum di India.

Iklan
Iklan

Kumpulan militan berpusat di Pakistan, Jaish-e-Mohammad (JeM) mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan. - Agensi