16 geng Nicky akan didakwa pagi ini

Iklan
Laporan Sinar Harian 30 Mac lalu.

PETALING JAYA - Seramai 16 ahli Geng Nicky yang ditahan berhubung kes jenayah terancang antarabangsa merangkumi Macau Scam dan pengubahan wang haram akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Mereka yang tiba di mahkamah pada jam 8 pagi, dikawal ketat oleh pasukan polis.

Iklan
Iklan

Keadaan ini menyebabkan pekarangan kompleks mahkamah tidak seperti kebiasaan apabila kelihatan ramai anggota polis mengawal laluan keluar masuk mahkamah.

Difahamkan antara yang akan didakwa di mahkamah adalah dua adik kepada ahli perniagaan dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Iklan
Iklan

Mereka ditahan dalam Ops Pelican 3.0 di sekitar Lembah Klang dalam operasi selama lapan hari bermula 20 Mac lalu.