Tertimbus lumpur dua jam, mangsa banjir syukur terselamat

Iklan
Keadaan perkampungan dipenuhi lumpur dan penduduk kehilangan tempat tinggal akibat banjir lumpur dan tanah runtuh pada Ahad. Gambar kecil: Kornelia Letek

JAKARTA - Setelah dua jam tertimbus dalam lumpur, seorang wanita sebak dan bersyukur kerana terselamat daripada menjadi mangsa korban banjir lumpur dan tanah runtuh di Kabupaten Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menerusi laporan Kompas pada Khamis, kejadian banjir lumpur yang berlaku pada Ahad itu mengakibatkan Kornelia Letek terperangkap kerana ditimpa pokok serta tertimbus dalam tanah dan lumpur.

Iklan
Iklan

Kornelia memberitahu, semasa kejadian dia mengalami kecederaan pada kaki akibat dihempap pokok sekali gus tidak mampu untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun dia bernasib baik setelah melihat cahaya lampu suluh dan berdoa agar orang ramai menemuinya.

Iklan

"Ia umpama keajaiban. Saya tidak menyangka ayah datang menyelamatkan saya. Terima kasih ayah kerana berusaha mencari saya tanpa henti.

"Saya tidak dapat membayangkan tanpa ayah dan orang awam, mana mungkin saya berada di sini hari ini. Terima kasih, itu sahaja yang dapat saya katakan kepada anda semua," kata Kornelia sebak.

Iklan

Semasa ditemui, kedudukan Kornelia terbaring dengan keseluruhan badan tertimbus lumpur serta kayu.

Ketika ini, rumah Kornelia dan keluarganya runtuh sehingga memaksa mereka menumpang di rumah saudara sementara menunggu bantuan.

Akibat bencana ini, sebanyak 800 penduduk di Pulau Adonara kehilangan tempat tinggal dan puluhan dilaporkan masih hilang serta tertimbus dalam runtuhan tanah.