Biawak gergasi 'sesat' masuk kedai serbaneka

Iklan
bewak

BANGKOK - Pekerja dan pelanggan di sebuah kedai serbaneka di bandar Nakhon Patthom, Bangkok, Thailand dikejutkan dengan kehadiran seekor biawak gergasi dipercayai kelaparan dan telah sesat.

Lapor NBC News, kehadiran reptilia dianggarkan sepanjang 1.82 meter itu menyebabkan pelanggan dan pekerja menyorok selepas melihat haiwan itu menghampiri salah satu rak di dalam kedai itu.

Iklan
Iklan

Rakaman video durasi 59 saat ditonton 5.7 juta tontonan di Twitter milik Narumpa Tangsin itu menunjukkan biawak gergasi berada dalam keadaan ketakutan sebaik mendengar jeritan manusia lalu bertindak memanjat rak mengakibatkan barang yang telah disusun rapi terjatuh dan berselerak.

Biawak gergasi 'terjah' kedai serbaneka.

Biawak itu juga dilihat kaku di atas rak terbabit sebelum pekerja menghubungi jabatan haiwan untuk menangkap reptilia berkenaan.

Iklan

Walaupun tidak diketahui bagaimana biawak itu masuk ke dalam kedai, beberapa pengguna laman sosial membuat spekulasi bahawa haiwan itu menyelinap masuk ke kedai itu mungkin kelaparan selain berlindung dari cuaca lembab di luar.

Kesemua pelanggan dan pekerja bertindak berlindung di sebalik kaunter ketika kejadian berlaku.

Iklan