WASHINGTON - Kemudahan COVAX setakat ini berjaya mengagihkan 38 juta dos vaksin Covid-19 ke lebih 100 negara dalam masa 42 hari, lapor Sputnik memetik UNICEF pada Khamis.
"COVAX sudah edar vaksin ke lebih 100 negara sejak bekalan pertama dihantar ke Ghana pada 24 Februari," kata UNICEF dalam satu kenyataan.