SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor mengeluarkan 12 notis setakat Khamis terhadap peniaga premis makanan dan minuman di negeri ini kerana menawarkan air kosong melebihi penetapan harga iaitu RM1 setiap gelas.
Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, notis dikeluarkan susulan Ops Catut 8.0 (air kosong) yang sedang dijalankan terhadap restoran mewah, biasa, makanan segera, francais dan kedai makan serta warung di seluruh negeri ini bermula 7 hingga 15 April ini.