IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu selama enam hari bagi membantu siasatan kes memalsukan dokumen untuk mendapatkan projek tender kebersihan bernilai lebih RM3.7 juta sejak 2017 hingga tahun lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus pada Jumaat selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman dua lelaki dan dua wanita berusia 41 hingga 49 tahun tersebut.